Teknik pengurusan emosi
1.KEMAHIRAN
SOSIAL.
Hubungan interpersonal yang baik juga
perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja
sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir
atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran
yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip
yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi
bagi memajukan pelajarnya.
Faktor atribusi terakhir yang
dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills).
Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang
mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu
mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir
memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang
berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan
menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam
bilik darjah
2.KENALI
DIRI DAN KEBOLEHAN
Seseorang guru perlu mengenali diri
dan emosinya terlebih dahulu sebelum mencapai matlamat dan tujuan hidup
cemerlang. Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru
boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang
guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut
telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.
Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut
sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang
menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu
menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
Sebagai pengurus dan pentadbir juga boleh menggunakan kaedah runding cara bagi
mengatasi sebarang situasi dan isu di sekolah. Individu yang bergelar guru tahu
tahap kemampuannya untuk melahiran pelajar yang cemerlang. Tahap kebolehan yang
dikuasainya boleh diaplikasi dalam pengurusan kerja dan emosi agar kedua-duanya
berjalan secara seiring.
3. TERAPI FIZIKAL
Stress menjejaskan kesihatan dari segi
imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk
menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar, tugasan perkeranian
yang bayak, pertukaran pentadbiran di sekolah dan sebagainya.. Pengetahuan
dalam senaman releksasi sebagai rutin setiap hari selama 20 hingga 30 minit
boleh membantu guru menangani stress. Sebagai individu yang berkerjaya gunakan
masa terluang untuk beriadah. Ternik berurut atau mengunjungi spa , adakan
aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan , keluarga juga rakan sekerja juga
merupakan teknik mengurus emosi dengan baik. Tidur yang mencukupi selain itu
jauhi arak, rokok dan dadah yang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal.
Seorang guru perlu menyedari akan keseimbangan tugasan harian dan tanggungjawab
mengurus diri agar emosi dan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik dan
stabil . Pengurusan diri dan emosi yang stabil dapat membina kendiri yang
cemerlang yang boleh memberi impak positif terhadap budaya kerja cemerlang
guru.
4.JELAS MATLAMAT & PERANAN.
Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh dan sedalam
mana peranan dan tanggungjawabnya dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu
sendiri. Tugasan yang dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kebolehan dan
jawatannya. Ilmu dan amalan pedagoginya mencakupi apa yang disarankan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala tugasan dan tanggungjawab digalas
dengan rasa tulus dan sedar itulah peranannya sebagai seorang guru. Bukan
sahaja membimbing, mendidik, malah tugasannya mencakupi pengurusan kendiri dan
sahsiah murid. Pengkayaan dan penerokaan ilmu untuk meningkatkan kemahiran
perlu bagi seseorang guru untuk meningkatkan tahap kebolehannya secara
terancang dengan sokongan pihak pengurusan sekolah dan keluarga juga komuniti .
Antara guru dan organisasi setempat perlu saling bekerja sama menjayakan
tugasan masing-masing. Apabila semua tugasan dilaksanakan dengan baik maka
tidak ada keperluan yang tertangguh dan emosi guru pun akan baik dan stabil.
Contohnya seperti seorang guru yang diberi tugasan mengurus Pusat Sumber
Sekolah. Guru berkenaan perlu tahu skop tugasannya dengan bantuan pengurusan
sekolah dan ahli yang lain.
5. PENGURUSAN MASA
Dalam apa jua lapangan pengurusan masa amat
penting, guru perlu membuat satu plan tindakan tentang program utama dan
program sokongan di sekolah. Beri keutamaan kepada perkara yang penting..
Tindakan yang bijaksana akan menghasilkan kerja yang berkesan dan tiada
gangguan emosi. Guru boleh membina jadual kerja , agihan masa, snarai kerja
ikut keutamaan, membentuk disiplin diri , membuat semakan semula kerja dan
membuat penilaian kendiri terhadap kerja yang ditugaskan agar segalanya
dilaksanakan dengan baik. Sekiranya ada sebarang kelemahan guru tidak perlu
bimbang kerana boleh membuat unjuran penambahbaikan terhadap tugasan yang
diamanahkan. Guru sebenarnya sedar bahawa setiap tugasannya perlu diselesaikan.
Namun pengurusan masa yang baik perlu agar tidak berlaku penangguhan dan
lambakan kerja yang boleh mengganggu emosi guru.
6. LAKUKAN PERUBAHAN
Perubahan sistem pendidikan
selaras dengan kemajuan teknologi abad 21 ini. Guru juga perlu bertindak agar
tidak ketinggalan dengan era kemajuan dunia khususnya dalam arena pendidikan.
Guru yang cemerlang sentiasa bersikap optimis , punya kognitif yang positif, menganggap
perubahan pendidikan dan dunia hari ini adalah sangat baik untuk generasi.
Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula kehidupan manusia. Daripada sikap
negative kepada kendiri yang unggul. Ada integriti sebagai role model kepada
anak-anak didik.
Selain itu guru juga boleh membuat
perubahan persekitaran dengan lebih kundusif terutama di tempat kerja seperti
bilik darjah, bilik guru letakkan haruman yang menyegarkan, pencahayaan yang
cukup, penataan ruang yang harmoni, juga mengalunkan muzik lembut yang boleh
memberi ketenangan minda dan emosi. Amalan ini juga boleh dilaksanakan di rumah
sebagai satu kesinambungan pengalaman dan emosi guru.
Melakukan perubahan hubungan dan
komunikasi yang akrab antara rakan dan keluarga juga turut membantu menangani
emosi guru. Hubungan yang tidak baik diubah menjadi hubungan yang baik , saling
bersapa, bermaafan sekiranya ada sebarang perselisihan seterusnya dapat
membentuk masyarakat yang sempurna. Guru juga rasa selesa dan dihargai pada
setiap tugasan yang dilaksankan.
7. FAKTOR KEAGAMAAN
Guru di Negara kita bukan penganut
Islam semata. Malah terdiri daripada pelbagai agama namun dalam setiap agama
yang dianuti ada amalan tersendiri dalam menbentuk jiwa dan emosi yang stabil .
Menyentuh dalam ajaran cara yang terbaik
dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang
(2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu
mengatasi masalah stres dikalangan guru. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan
solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah
terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala
masalah. Allah SWT berfirman dalam surah
al-Mukminun, 23: 1dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah
orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya". Keikhlasan
dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian
terhadap tugasan yang digalas. Ini akan membina jati diri seseorang. Ketenangan
jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres. Selain itu berzikir juga dapat
mententeramkan jiwa dan emosi.
8.MAKANAN
SEIMBANG.
Amalan pemakanan seimbang juga dapat
membantu emosi yang sempurna. Guru perlu menikmati makanan yang berkhasiat yang
membantu kecergasan fizikal dan mental. Amalan pemakanan minda seperti kismis,
buah tin,buah delima dan kurma serta minyak zaitun membantu perkembangan saraf
dan perjalanan darah yang baik dalam badan. Selain itu pengambilan omega dalam
ikan turut membantu pertumbuhan kercerdasan minda dan emosi diri. Begitu juga
pemakanan sayuran hijau amat memberi kesan yang baik dalam proses pertumbuhan
dan kesihatan tubuh badan. Amalan pemakanan seimbang dan meninggalkan pemakanan
yang tidak berhasiat seperti makanan ringan , rokok , arak dan sebagainya boleh
membuat kesihatan fizikal dan emosi terganggu. Oleh itu guru perlu memiliki
komitmen yang tinggi dalam membina kehidupan yang baik dan sempurna.
No comments:
Post a Comment