Emosi boleh ditafsirkan sebagai
perasaan yang kuat, yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat
enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan kepada orang dan
benda iaitu kemarahan, kertakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita beremosi? Jawapannya
tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala
urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan berkerja lebih
produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang
dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.
Berdasarkan keterangan berkaitan
emosi. Hasilkan peta pemikiran I-Think
berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya
sertakan refleksi terhadap dapatan anda
tentang punca stress dan pengurusan dalam kalangan guru.
2.0 PENGENALAN .
Guru
merupakan insan biasa yang menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk
membimbing, mendidik dan membentuk individu menjadi insan yang kamil seperti
yang dihasratkan dalam falasafah pendidikan guru dan falasafah pendidikan
Negara. Dengan kata lain guru yang berkesan adalah menggalas tugas sebagai
murabbi kepada anak-anak didiknya. Dari dahulu sehingga hari ini cabaran guru
dalam memenuhi tuntutan keguruan, komuniti, ibu bapa, pihak pengurusan sekolah
dan kementerian pendidikan adalah amat mencabar. Guru bukan sahaja berhadapan
dengan perubahan sukatan pelajaran malah dasar pelajaran sering berubah dari
masa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan insan selaras dengan
kemajuan teknologi pendidikan dunia dan kemajuan pembangunan modenisasi dunia
itu sendiri. Selain daripada penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
abad 21, pada hari ini guru dibebani dengan pelbagai program pendidikan dalaman
dan luaran sekolah untuk meningkatkan martabat pendidikan itu sendiri.
Bagi
merialisasikan kehendak kementerian pendidikan dan mencapai kejayaan yang
cemerlang pelajar maka guru perlu memiliki kendiri yang kental dan unggul ,
sikap keguruan yang cemerlang dan percambahan ilmu dalam pelbagai bidang
pendidikan. Ini kerana proses melaksankan tugas dan tanggungjawab semakin
menemukan pelbagai halangan, kesempitan waktu dan perselisihan pendapat antara
guru dan pihak pengurusan. Amalan kendiri yang lemah menyebabkan guru mengalami
pelbagai tekanan atau stres.
Stress
mengikut pendapat Kyriacou (2000) adalah merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasan sebagai guru. Maka secara
amnya stres merupakantindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara
atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidak keimbangan diri berlaku.
Kadangkala apabila kita menghadapi bahaya, dengan spontannya badan akan
bertindak menangani keadaan bahaya tersebut. Sebagai contoh apabila dalam
situasi kecemasan sesorang boleh bertindak cepat menekan siren api untuk
menyelamatkan kebakaran. Walau bagaimanapun stres yang berlebihan tidak mudah
ditangani oleh seorang guru, tekanan kerja yang tinggi dan permasalahan
keluarga seseorang guru boleh mengalami stress yang akan menyebabkan
kemerosotan kesihatan, komunikasi, perasaan , produktiviti dan seterusnya menjejaskan
kualiti kehidupan guru itu sendiri.
Manakala istilah "burnout" yang
diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) menggambarkan sebagai perasaan
kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga,
sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout
boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri
percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber,
1984). Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan
hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan,
matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson
(1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa
sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu
ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi
(depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut
Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi
burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.
Terdapat beberapa jenis stres yang
boleh dijadikan garis panduan kepada guru dalam menjalani kehidupan sebagai
guru dan manusia biasa. Mengikut pendapat Cockburn (1996) terdapat lima jenis
stress yang boleh dialami oleh guru. Antaranya stress ‘here or now’, stress
‘anticipation’, stres imaginative, stres reaktif dan stres negative. Stress
‘here or now’ merupakan situasi yang wujud dalam sesuatu masa contoh guru yang
menghadapi peperiksaan dan perselisihan faham mengakibatkan tekanan emosinya.
Stres ‘anticipation’ guru akan bertindakbalas terhadap sesuatu yang
dijangkakan. Contohnya pelaksanaan sukan sekolah, bagi guru baru yang kurang
pengalaman , ianya merupakan tekanan dalam melaksanakannya. Stress imaginative
merupakan situasi individu yang berfikir tentang sesuatu yang mengerikan dan
menakutkan terhadap dirinya. Stress reaktif , merupakan stress yang berlaku
akibat kisah lampau yang dilaluinya sering menghantui dirinya yang kadangkala
sebagai proses pemulihan.dan yang kelima stress negative merupakan sesuatu yang
memuncak dalam tempoh masa tertentu seperti, hari, minggu dan tahun, sebagai
contoh kewangan yang tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. Kesemua stres
yang dinyatakan dapat ditangani berdasarkan kepada kesediaan kendiri dan pengurusan emosi individu sewaktu
melaluinya.
Guru yang bersikap positif terhadap
sesuatu peristiwa yang berlaku dalam dirinya dan tugasan yang diamanahkan
kepadanya dapat menangani kepelbagaian stres dan pengurusan emosi ini dengan
keseimbangan diri dan persekitarannya . Ilmu keagamaan, kecerdasan fizikal dan
mental dalam kendiri positif guru, pengurusan kestabilan emosi dapat menangani stress yang dihadapi oleh individu bergelar guru.
Terdapat banyak punca stres yang
sering mengganggu emosi dan kehidupan para guru pada hari ini. Antaranya akan
diterangkan dalam peta minda punca guru stress. Rajah 1 menunjukkan peta
pemikiran I-Think ( peta buih) yang
menjelaskan punca guru stres.
|
|
|
Berdasarkan peta pemikiran I-Think
yang dilakarkan di atas terdapat beberapa punca stress dikalangan guru di
Negara ini. Menurut Statt (1981) . stress merupakan ketegangan fizikal dan psikologi
yang berpanjangan untuk suatu masa yang boleh menggugat keupayaan individu
untuk mengendali sesuatu tindakan. Ianya mencakupi ketidakupayaan memenuhi
tututan persekitaran yang menjadi gangguan kehidupan seseorang. Juga ianya
berlaku kerana perubahan dinamik menjadi punca individu berdepan dengan
masalah, kekangan masa dan desakan hidup. Kadang kala peristiwa atau keadaan
persekitaran seseorang juga boleh mendatangkan impak negative atau positif
kepada individu. Tindak balas luaran yang menggagu fizikal dan mental juga
tindak balas kimia dalam tubuh. Sebarang tekanan yang timbul mengakibatkan
kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu dalam proses kehidupan
mereka sehari-hari.
Antara punca stress yang akan
dibincangkan di sini seperti ;-
2.1 Konsep kendiri dan status
Dalam arus pembangunan pendidikan
abad 21 ini , bidang keguruan merupakan antara kerjaya yang dikatakan mempunyai tekanan yang tinggi
terhadap diri. Ramai beranggapan bahawa bidang keguruan merupakan bidang yang
mudah dan memiliki cuti yang panjang berbanding kerjaya yang lain, pada
peringkat awal mereka menerpa bidang pekerjaan. Namun realitinya apabila mereka
memasuki bidang keguruan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti guru yang
panjang , sebenarnya bukanlah cuti sebenar, kerana dalam masa cuti guru-guru
juga diarahkan menyelesaikan tugasan yang tertunggak dan merancang plan
pembangunan pendidikan sekolah untuk sesi berikutnya. Tanggungjawab ini digalas
oleh guru secara paksa rela. Memandangkan perancangan untuk bersama keluarga
telah diisi dengan tugasan di sekolah. Situasi ini menyebabkan golongan guru
menghadapi tekanan. Hakikatnya guru merupakan insane yang perlu sentiasa ikhlas
dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memartabatkan dunia pendidikan setanding
dengan pembangunan Negara bangsa.
2.2
Mengawal disiplin sekolah.
Sebagai
seorang guru peranannya bukan sahaja sebagai pengurus proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ianya merangkumi pembentukan kendiri ,
kognitif dan efektif murid. Sebagai manusia biasa ada kalanya guru dapat
menerima tingkah laku dan disiplin murid dengan seadanya, sebagai invidividu
yang sedang rancak menikmati perubahan diri dan persekitarannya . Ini kerana
murid mengalami unjuran proses kematangan. Terkadang disiplin yang dizahirkan
dalam dirinya secara tidak terancang boleh menyebabkan emosi guru terganggu dan
mengalami stress yang negetif. Kekangan peranan seperti inilah menyebabkan guru
merasakan bahawa terlalu banyak situasi yang perlu dihadapi dan diselesaikan
dalam pada masa yang sama dengan pelaksanaan pembelajaran murid.
Situasi
ini juga lebih memberi stress kepada guru-guru disilpin khususnya yang perlu
membahagikan masa dan bekerja sama dengan pihak pengurusan sekolah unit Hal
Ehwal Murid dalam mendisiplinkan diri murid agar tidak menimbulkan sebarang isu
negative di kawasan sekolah seperti peras ugut, pergaduhan, masalah ponteng dan
sebagainya. Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta kehadiran murid
ke sekolah mencapai 90% juga melibatkan disiplin kehadiran murid yang
menyebabkan guru rasa strees kerana ketidakhadiran murid menyebabkan guru kelas
terpaksa memberi alasan dan tunjuk sebab kepada pihak pentadbir. Bagi guru yang
menganggap situasi ini sebagai lumrah kendiri murid yang dipengaruhi oleh
persekitaran mereka ianya situasi normal dan dapat dihadapi dengan tenang.
2.3
Tekanan dan beban kerja.
Berdasarkan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan abad 21 ini. Guru-guru disaran untuk
mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan garis panduan pendidikan alaf 21.
Sukatan pelajaran yang berubah kandungannya seperti kandungan sukatan
pendidikan pendidikan Jasmani, Sejarah bagi murid sekolah rendah di tahap 2.
Menyebabkan guru-guru perlu merungkai semula segala topik-topik dalam isi
kandungan sukatan sebagai persediaan guru menghadapi pengajaran dan
pembelajaran bersama murid di dalam bilik darjah.
Selain tugasan penyampaian
pembelajaran murid , guru juga perlu menyediakan senarai nama murid ,
melengkapkan polia murid, melengkap kehadiran, rekod kebersihan dan keceriaan
kelas. Mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif , selamat dan selesa agar
murid rasa seronok untuk hadir dan menjalani proses persekolahan. Penyediaan
borang-borang peribadi murid, kad kesihatan murid. Walaupun tugasan ini
diagihkan secukupnya antara semua guru di sekolah. Namun hakikatnya hari ini
kerja-kerja teknikal dan perkeranian ini amat memberi impak yang besar kepada jiwa
dan tingkah laku guru yang boleh menyebabkan guru rasa strees dan terganggu
urusan atau perjalanan kehidupan sehariannya.
2.4 Sikap buruk murid.
Era
pembanguna dunia global hari ini memberikan impak besar kepada sikap dan
personaliti murid dimana murid mudah terdedah dengan pelbagai sikap dan tingkah
laku yang negatif. Sikap dan personality ini bukan sahaja datangnya daripada
pengaruh rakan sebaya malah pengaruh persekitaran dan media masa. Faktor ibu
bapa yang meletakkan tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing
anak-anak mereka merupakan komponen stress
guru sering terganggu. Sikap dan kendiri murid bergantung kepada
pembentukan peribadi yang dihasilkan di sekolah. Sedangkan peratus masa murid
di sekolah adalah lebih sedikit berbanding dengan peratus murid di sekolah.
Hari ini kebanyakkan murid lebih
menumpukan kepada pencapaian dalam pendidikan berbanding pembentukan sahsiah
yang sempurna. Ramai murid yang berjaya tetapi tidak mempunyai sikap dan
keperibadian yang unggul. Tidak menghormati guru, kerja sekolah tidak siap,
menconteng dinding dan peralatan bilik darjah. Sikap inilah menyebabkan
kemerosotan ahlak murid yang menyebabkan para guru terus dibebani dengan
tunggakan kerja sebagai kaunselor kepada murid yang bermasalah ini. Selain
bimbingan kendiri dalam bilik darjah guru perlu menambahkan program sampingan
sekolah dengan mengadakan program motivasi sebagai satu program Bina Insan
Sekolah. Biarpun sebilangan guru akur dan redha dengan gangguan ini namun
secara tidak langsung ianya memberi impak kepada perkembangan pembangunan
profesion keguruannya.
2.5 Konflik peranan tidak jelas.
Era
pendidikan abad 21 ini terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas oleh
insan guru. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025
guru disaran melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk pembinaan
model insan cemerlang. Hari ini institusi pendidikan seprti sekolah menuntut
para guru bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain menzahirkan kod
mereka dalam setiap tindakan mereka.kepelbagaian peranan dan tugasan guru ini
sering mengelirukan kefahaman dan amalan keguruan dikalangan insan guru. Dalam
program program kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program NKRA dimana
program LINUS merupakan salah satu program yang dilaksankan diperingkat sekolah
rendah tahap satu yang bermatlamatkan murid tahun satu hingga tahun tiga mesti
telah menguasai kemahiran membaca sebelum melangkau ke tahap dua iaitu tahun
empat. Sedangkan memang sisitem pendidikan Negara telah ada satu program
pembangunan pendidikan yang dikenali sebagai program pemulihan khas yang
menjadi teras kepada pelan pembangunan pendidikan, pertindanan penggunaan
modul, pelaksaan kepada murid dan program-program sampingan yang dilaksanakan
menjadi sebilangann guru rasa keliru dan stress. Biarpun situasi ini berlaku
sebagai murabbi para guru yang memiliki intergriti yang unggul meneruskan
khidmat bantu mereka kea rah kecemerlangan individu pelajar dan memartabatkan
sistem pendidikan hari ini.
Memandangkan
dalam tempuh yang sama para guru juga disaran membudayakan elemen integrity dan
etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu usaha
membina serta memelihara generasi masa depan yang berilmu dan berpekerti mulia.
Hal ini dikukuhkan lagi dengan saranan Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin
berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut
melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, institusi
pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis. "Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani
menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik,"
jelasnya. Itulah guru.
2.6 Tekanan
ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa dan penjaga murid hari ini
merupakan ibu bapa yang sibuk memberi penumpuan kepada kerjaya mereka . Budaya
melebihkan kerja daripada tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak ke
arah pembangunan model insan cemerlang. Ekoran tekanan dan keperluan hidup yang
mencabar ini para ibu bapa juga mengalami kekangan waktu dan kewajipan dalam
melahirkan generasi yang gemilang. Terdapat sebilangan ibu bapa dan penjaga
yang seratus peratus menyerahkan peningkatan sahsiah dan akademik kepada pihak
guru dan sekolah. Melalui peranan yang digalas oleh PIBG sekolah ramai ibu bapa
yang sering mendesak pihak sekolah dan guru-guru khususnya bagi anak-anak
mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Kegagalan murid bermaksud kegagalan pihak sekolah dan guru dalam
mencapai apa yang ditargetkan oleh ibu bapa. Hal ini banyak berlaku terutama
dikalangan ibu bapa kluster , yang memandang kejayaan anak-anak mereka
merupakan saingan hebat kepada murid lain. Sikap dan pandangan ibu bapa ini
amat memberi kesan kepada stress guru dengan mewujudkan pelbagai program dan
melaksanakan pelan pembangunan sekolah agar pencapaian akademik dan sahsiah
murid dapat setangani dengan seiring.
2.7 Pentadbir , pengurusan dan
organisasi.
Organisasi
pendididkan sekolah merupakan satu organisasi yang lazimnya bermatlamatkan
kecemerlangan sekolah . Kecemerlangan sekolah berasakan kepada visi dan misi
yang zahirkan oleh para guru di sesebuah sekolah. Organisasi merupakan
penyumbang paling besar stress dikalangan guru. Pentadbir akan memberi tempoh
masa kerja yang singkat kepada guru untuk melihat matlamat dan keperluan
sekolah tercapai. Tugasan yang diberi kepada para guru adalah berterusan secara
kronik. Malah sebilangan guru tidak ada pengalaman dalam pengurusan program pendidikan
sekolah seperti pengurusan Pusat Sumber Sekolah, yang merangkumi , projek
Nilam, Pendidikan abad 21, pengurusan ICT sekolah, makmal bahasa, pengurusan
bilik-biluk khas sekolah seperti bilik muzik, bilik seni, bilik sukan, makmal
sains, bilik kemahiran hidup, bilik SAL, bilik pemulihan khas , prasekolah dan
pelbagai lagi ruang-ruang pembelajaran yang perlu diurustadbir oleh guru bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran murid.
Tugasan yang terlalu kualitatif dan
kuantitatif ini juga bagi memenuhi
perubahan dasar dan program pendidikan yang drastik. Kesemua faktor ini secara
umumnya terus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban dan
stress guru. Dipetik daripada Arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Hashim Anang,
menegaskan dalan kenyataannya bertajuk “Beban guru boleh membawa tekanan
perasaan guru. Peningkatan bebanan tugas guru
tugas menyebabkan ramai guru mengalami tekanan perasaan. Hal ini timbul
kerana sekolah sering berfokus kepada segelintir intividu dalam memberi arahan
tugasan harian, mingguan dan tahunan.
2.8.
Murid tidak bermotivasi.
Perkembangan
dan kemajuan kognitif dan efektif disama antara seorang murid dengan murid yang lain adalah tidak sama. Terdapat
sejumlah murid yang kurang bermotivasi untuk melaksanakan tugasan yang diberi
oleh guru . Murid-murid ini tidak punya matlamat dan komitmen yang tinggi dalam
pencapaian pendidikan mereka. Kerja yang dihasilkan murid tidak memenuhi
kreatiria yang dikehendaki oleh guru. Biarpun bimbingan demi bimbingan yang
diberikan kepada murid namun hasilnya masih pada tahap kurang memuaskan.
Kesannya pencapainya menjejaskan prestasi sekolah. Contoh dalam kerja
projrk sains, sejarah , kemahiran hidup
dan sebagainya. Situasi murid yang lemah dan mundur dalam pelajaran juga sering
dihadapi oleh guru khususnya murid pemulihan atau murid yang belajar dikelas
terakhir. Ini memberi impak yang besar kepada stress guru untuk membuat
strategi, kaedah dan teknik yang berlainan dengan murid yang sealiran atau
seusianya.
2.9
Punca Interpersonal.
Keperibadian
dan persoliti guru tidak sama antara individu, ada golongan guru yang mempunyai
hubungan positif sesama rakan sekerja, bertukar pendapat dalam pengurusan bilik
darjah, menyelesaikan masalah secara berpasukan dan mempunyai motivasi diri
yang unggu. Namun terdapat juga guru yang stress kerana interpersonal kendiri
yang tidak seimbang. Sering rasa tersisih, rasa tidak berkemampuan menggalas
tugas. Pendapat ini dikukuhkan oleh Azizi Yahya (2007) dimana terdapat golongan
guru yang stress kerana kendiri yang negatif ini. Malah dibebani juga dengan
sikap guru yang memandang rendah terhadap rakan sekerja tidak mempunyai potensi
budaya kerja cemerlang. Penyisihan komunikasi dan persahabatan terus berlaku
sehingga kadang kala berlakunya campur tangan daripada pihak sekolah bagi
mengikis situasi ini berlaku dikalangan guru dan semua warga kerja sekolah
dapat melaksanakan tanggungjawab dengan rasa tenang dan bersemangat.
2.10 Persekitaran kerja tidak
kondusif.
Guru
dan profesion keguruan bermatlamatkan melahirkan generasi yang berimu dan
beramal. Persekitaran budaya kerja dan tempat kerja itu sendiri yang tidak
kondusif juga menyumbang kepada punca stress guru. Guru tidak diberi peluang
untuk berada dalam suasana kerja yang selesa, ruang pembelajaran yang sempit
kerana bilangan murid yang terlalu ramai sehingga mencecah empat puluh orang
dalam satu kelas. Kelengkapan kelas yang tidak disediakan oleh pihak sekolah.
Pengudaraan bilik guru yang tidak diselenggarakan dengan baik dan terancang.
Kemudahan ICT yang terbatas menyebabkan para guru rasa sukar untuk melaksanakan
tugasannya dengan sempurna.
Kesimpulan.
Profesion
keguruan merupakan profesion yang menjadi salah satu tonggak ke arah
keharmonian Negara dan pembangunan modal insan. Namun pengurusan masa dan
kekangan bebanan tugas menyebabkan golongan guru mengalami stress. Profesion keguruan dan tugas guru merupakan
bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah
perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti
kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan
Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan
tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal,
dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan
yang kodusif. Membentuk kendiri pelajar dengan seimbang . kepelbagaian
tanggungjawab ini menyebabkan para guru rasa stres dan mengalami gangguan
kerjaya.
Biarpun sedemikian boleh dikatakan situasi
dan pengalaman stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan
stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka
sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan
dunia pendidikan secara global. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan
kemajuan bidang pendidikan negara setanding dengan pembangunan pendidikan di
luar negara.
Setiap individu tidak mengira guru
atau golongan proferional seperti doctor, penguam juga akan mengalami masalah
dalam pengurusan emosi. Pengurusan emosi yang baik dan sempurna dapat membentuk
dan membina keyakinan guru khususnya mengurustadbir proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dengan terancang dan sempurna. Pengawalan kendiri
(self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya
memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru
yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan
sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada
tekanan emosi. Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya
menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk
mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam
mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu
dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah
atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi. Dalam pengurusan emosi ini boleh
dirungkaikan dengan beberapa teknik antaranya ;-
Empati merupakan faktor atribusi yang
boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga
membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain.
Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan
keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang
mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau
keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey &
Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat
berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses
membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami
dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya
kemahiran tersebut.
1.KEMAHIRAN
SOSIAL.
Hubungan interpersonal yang baik juga
perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja
sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir
atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran
yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip
yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi
bagi memajukan pelajarnya.
Faktor atribusi terakhir yang
dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills).
Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang
mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu
mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir
memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang
berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan
menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam
bilik darjah
2.KENALI
DIRI DAN KEBOLEHAN
Seseorang guru perlu mengenali diri
dan emosinya terlebih dahulu sebelum mencapai matlamat dan tujuan hidup
cemerlang. Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru
boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang
guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut
telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.
Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut
sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang
menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu
menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
Sebagai pengurus dan pentadbir juga boleh menggunakan kaedah runding cara bagi
mengatasi sebarang situasi dan isu di sekolah. Individu yang bergelar guru tahu
tahap kemampuannya untuk melahiran pelajar yang cemerlang. Tahap kebolehan yang
dikuasainya boleh diaplikasi dalam pengurusan kerja dan emosi agar kedua-duanya
berjalan secara seiring.
3. TERAPI FIZIKAL
Stress menjejaskan kesihatan dari segi
imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk
menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar, tugasan perkeranian
yang bayak, pertukaran pentadbiran di sekolah dan sebagainya.. Pengetahuan
dalam senaman releksasi sebagai rutin setiap hari selama 20 hingga 30 minit
boleh membantu guru menangani stress. Sebagai individu yang berkerjaya gunakan
masa terluang untuk beriadah. Ternik berurut atau mengunjungi spa , adakan
aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan , keluarga juga rakan sekerja juga
merupakan teknik mengurus emosi dengan baik. Tidur yang mencukupi selain itu
jauhi arak, rokok dan dadah yang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal.
Seorang guru perlu menyedari akan keseimbangan tugasan harian dan tanggungjawab
mengurus diri agar emosi dan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik dan
stabil . Pengurusan diri dan emosi yang stabil dapat membina kendiri yang
cemerlang yang boleh memberi impak positif terhadap budaya kerja cemerlang
guru.
4.JELAS MATLAMAT & PERANAN.
Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh dan sedalam
mana peranan dan tanggungjawabnya dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu
sendiri. Tugasan yang dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kebolehan dan
jawatannya. Ilmu dan amalan pedagoginya mencakupi apa yang disarankan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala tugasan dan tanggungjawab digalas
dengan rasa tulus dan sedar itulah peranannya sebagai seorang guru. Bukan
sahaja membimbing, mendidik, malah tugasannya mencakupi pengurusan kendiri dan
sahsiah murid. Pengkayaan dan penerokaan ilmu untuk meningkatkan kemahiran
perlu bagi seseorang guru untuk meningkatkan tahap kebolehannya secara
terancang dengan sokongan pihak pengurusan sekolah dan keluarga juga komuniti .
Antara guru dan organisasi setempat perlu saling bekerja sama menjayakan
tugasan masing-masing. Apabila semua tugasan dilaksanakan dengan baik maka
tidak ada keperluan yang tertangguh dan emosi guru pun akan baik dan stabil.
Contohnya seperti seorang guru yang diberi tugasan mengurus Pusat Sumber
Sekolah. Guru berkenaan perlu tahu skop tugasannya dengan bantuan pengurusan
sekolah dan ahli yang lain.
5. PENGURUSAN MASA
Dalam apa jua lapangan pengurusan masa amat
penting, guru perlu membuat satu plan tindakan tentang program utama dan
program sokongan di sekolah. Beri keutamaan kepada perkara yang penting..
Tindakan yang bijaksana akan menghasilkan kerja yang berkesan dan tiada
gangguan emosi. Guru boleh membina jadual kerja , agihan masa, snarai kerja
ikut keutamaan, membentuk disiplin diri , membuat semakan semula kerja dan
membuat penilaian kendiri terhadap kerja yang ditugaskan agar segalanya
dilaksanakan dengan baik. Sekiranya ada sebarang kelemahan guru tidak perlu
bimbang kerana boleh membuat unjuran penambahbaikan terhadap tugasan yang
diamanahkan. Guru sebenarnya sedar bahawa setiap tugasannya perlu diselesaikan.
Namun pengurusan masa yang baik perlu agar tidak berlaku penangguhan dan
lambakan kerja yang boleh mengganggu emosi guru.
6.
LAKUKAN PERUBAHAN
Perubahan sistem pendidikan
selaras dengan kemajuan teknologi abad 21 ini. Guru juga perlu bertindak agar
tidak ketinggalan dengan era kemajuan dunia khususnya dalam arena pendidikan.
Guru yang cemerlang sentiasa bersikap optimis , punya kognitif yang positif,
menganggap perubahan pendidikan dan dunia hari ini adalah sangat baik untuk
generasi. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula kehidupan manusia.
Daripada sikap negative kepada kendiri yang unggul. Ada integriti sebagai role
model kepada anak-anak didik.
Selain itu guru juga boleh membuat
perubahan persekitaran dengan lebih kundusif terutama di tempat kerja seperti
bilik darjah, bilik guru letakkan haruman yang menyegarkan, pencahayaan yang
cukup, penataan ruang yang harmoni, juga mengalunkan muzik lembut yang boleh memberi
ketenangan minda dan emosi. Amalan ini juga boleh dilaksanakan di rumah sebagai
satu kesinambungan pengalaman dan emosi guru.
Melakukan perubahan hubungan dan
komunikasi yang akrab antara rakan dan keluarga juga turut membantu menangani
emosi guru. Hubungan yang tidak baik diubah menjadi hubungan yang baik , saling
bersapa, bermaafan sekiranya ada sebarang perselisihan seterusnya dapat
membentuk masyarakat yang sempurna. Guru juga rasa selesa dan dihargai pada
setiap tugasan yang dilaksankan.
7. FAKTOR KEAGAMAAN
Guru di Negara kita bukan penganut
Islam semata. Malah terdiri daripada pelbagai agama namun dalam setiap agama
yang dianuti ada amalan tersendiri dalam menbentuk jiwa dan emosi yang stabil .
Menyentuh dalam ajaran cara yang terbaik
dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang
(2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu
mengatasi masalah stres dikalangan guru. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan
solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah
terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala
masalah. Allah SWT berfirman dalam surah
al-Mukminun, 23: 1dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah
orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya". Keikhlasan
dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian
terhadap tugasan yang digalas. Ini akan membina jati diri seseorang. Ketenangan
jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres. Selain itu berzikir juga dapat
mententeramkan jiwa dan emosi.
8.MAKANAN
SEIMBANG.
Amalan pemakanan seimbang juga dapat
membantu emosi yang sempurna. Guru perlu menikmati makanan yang berkhasiat yang
membantu kecergasan fizikal dan mental. Amalan pemakanan minda seperti kismis,
buah tin,buah delima dan kurma serta minyak zaitun membantu perkembangan saraf
dan perjalanan darah yang baik dalam badan. Selain itu pengambilan omega dalam
ikan turut membantu pertumbuhan kercerdasan minda dan emosi diri. Begitu juga
pemakanan sayuran hijau amat memberi kesan yang baik dalam proses pertumbuhan
dan kesihatan tubuh badan. Amalan pemakanan seimbang dan meninggalkan pemakanan
yang tidak berhasiat seperti makanan ringan , rokok , arak dan sebagainya boleh
membuat kesihatan fizikal dan emosi terganggu. Oleh itu guru perlu memiliki
komitmen yang tinggi dalam membina kehidupan yang baik dan sempurna.
KESIMPULAN
Tekanan emosi
merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu guru berpotensi untuk
menghadapi tekanan emosi sekiranya emosi diurus dengan baik. Kebanyakan orang
akan berasa tertekan pada masa tertentu apabila situasi yang dilaluinya tidak
terjangkau olehnya. Kegagalan mengawal tekanan emosi boleh mendatangkan kesan
yang buruk kepada individu. Tekanan emosi boleh diatasi menerusi pengurusan diri
dan jiwa yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental, emosi,
rohani, fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan semangat seseorang individu
sebagaimana acuan yang dikehendaki oleh agama dan negara. Oleh demikian,
yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah meghadapi
segala ujian.
Sebagai manusia biasa semua guru perlu menjadikan kemudaratan atau
musibah yang menimpa sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita
dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi
kita adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang
kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat. Amalkan cara
hidup sihat dan amalan agama yang kukuh secara tidak langsung guru mudah mengawal panorama hidup dan tanggungjawab
perguruan dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, kita adalah tuan pada
hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga dikenal sebagai Ilmu Penguasaan
Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin
tinggilah kualiti motivasi hidup kita.
Guru perlu selalu berfikiran
positif,dan logik. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu oleh bebanan
tugas dan perlakuan negatif individu. Sering mengukir dan memberikan senyuman
terhadap orang lain walaupun tanpa menerima sebarang respon. Sentiasa rendah
diri , redha dan bersyukur bahawa semua yang terjadi ada hikmah yang
tersembunyi. Sikap memaafkan orang lain juga boleh membentuk emosi yang stabil.
Sebagai guru yang mempunyai pegangan agama selalulah berdoa agar dapat
menangani tekanan emosi dengan baik seterusnya dapat melaksanakan tugasan
sekolah dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk dan membina
Negara bangsa yang gemilang dan terbilang. .
.