Friday 6 March 2015

Punca-punca stress dan pengurusan emosi guru

Jenis-jenis emosi manusia :-




Punca-punca stress :-


2.1 Konsep kendiri dan status
           Dalam arus pembangunan pendidikan abad 21 ini , bidang keguruan merupakan antara kerjaya  yang dikatakan mempunyai tekanan yang tinggi terhadap diri. Ramai beranggapan bahawa bidang keguruan merupakan bidang yang mudah dan memiliki cuti yang panjang berbanding kerjaya yang lain, pada peringkat awal mereka menerpa bidang pekerjaan. Namun realitinya apabila mereka memasuki bidang keguruan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti guru yang panjang , sebenarnya bukanlah cuti sebenar, kerana dalam masa cuti guru-guru juga diarahkan menyelesaikan tugasan yang tertunggak dan merancang plan pembangunan pendidikan sekolah untuk sesi berikutnya. Tanggungjawab ini digalas oleh guru secara paksa rela. Memandangkan perancangan untuk bersama keluarga telah diisi dengan tugasan di sekolah. Situasi ini menyebabkan golongan guru menghadapi tekanan. Hakikatnya guru merupakan insane yang perlu sentiasa ikhlas dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memartabatkan dunia pendidikan setanding dengan pembangunan Negara bangsa.

2.2 Mengawal disiplin sekolah
            Sebagai seorang guru peranannya bukan sahaja sebagai pengurus proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ianya merangkumi pembentukan kendiri , kognitif dan efektif murid. Sebagai manusia biasa ada kalanya guru dapat menerima tingkah laku dan disiplin murid dengan seadanya, sebagai invidividu yang sedang rancak menikmati perubahan diri dan persekitarannya . Ini kerana murid mengalami unjuran proses kematangan. Terkadang disiplin yang dizahirkan dalam dirinya secara tidak terancang boleh menyebabkan emosi guru terganggu dan mengalami stress yang negetif. Kekangan peranan seperti inilah menyebabkan guru merasakan bahawa terlalu banyak situasi yang perlu dihadapi dan diselesaikan dalam pada masa yang sama dengan pelaksanaan pembelajaran murid.
            Situasi ini juga lebih memberi stress kepada guru-guru disilpin khususnya yang perlu membahagikan masa dan bekerja sama dengan pihak pengurusan sekolah unit Hal Ehwal Murid dalam mendisiplinkan diri murid agar tidak menimbulkan sebarang isu negative di kawasan sekolah seperti peras ugut, pergaduhan, masalah ponteng dan sebagainya. Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta kehadiran murid ke sekolah mencapai 90% juga melibatkan disiplin kehadiran murid yang menyebabkan guru rasa strees kerana ketidakhadiran murid menyebabkan guru kelas terpaksa memberi alasan dan tunjuk sebab kepada pihak pentadbir. Bagi guru yang menganggap situasi ini sebagai lumrah kendiri murid yang dipengaruhi oleh persekitaran mereka ianya situasi normal dan dapat dihadapi dengan tenang.

2.3 Tekanan dan beban kerja.
Berdasarkan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan abad 21 ini. Guru-guru disaran untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan garis panduan pendidikan alaf 21. Sukatan pelajaran yang berubah kandungannya seperti kandungan sukatan pendidikan pendidikan Jasmani, Sejarah bagi murid sekolah rendah di tahap 2. Menyebabkan guru-guru perlu merungkai semula segala topik-topik dalam isi kandungan sukatan sebagai persediaan guru menghadapi pengajaran dan pembelajaran bersama murid di dalam bilik darjah.
Selain tugasan penyampaian pembelajaran murid , guru juga perlu menyediakan senarai nama murid , melengkapkan polia murid, melengkap kehadiran, rekod kebersihan dan keceriaan kelas. Mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif , selamat dan selesa agar murid rasa seronok untuk hadir dan menjalani proses persekolahan. Penyediaan borang-borang peribadi murid, kad kesihatan murid. Walaupun tugasan ini diagihkan secukupnya antara semua guru di sekolah. Namun hakikatnya hari ini kerja-kerja teknikal dan perkeranian ini amat memberi impak yang besar kepada jiwa dan tingkah laku guru yang boleh menyebabkan guru rasa strees dan terganggu urusan atau perjalanan kehidupan sehariannya.


2.4 Sikap buruk murid.

            Era pembanguna dunia global hari ini memberikan impak besar kepada sikap dan personaliti murid dimana murid mudah terdedah dengan pelbagai sikap dan tingkah laku yang negatif. Sikap dan personality ini bukan sahaja datangnya daripada pengaruh rakan sebaya malah pengaruh persekitaran dan media masa. Faktor ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing anak-anak mereka merupakan komponen stress  guru sering terganggu. Sikap dan kendiri murid bergantung kepada pembentukan peribadi yang dihasilkan di sekolah. Sedangkan peratus masa murid di sekolah adalah lebih sedikit berbanding dengan peratus murid di sekolah.
Hari ini kebanyakkan murid lebih menumpukan kepada pencapaian dalam pendidikan berbanding pembentukan sahsiah yang sempurna. Ramai murid yang berjaya tetapi tidak mempunyai sikap dan keperibadian yang unggul. Tidak menghormati guru, kerja sekolah tidak siap, menconteng dinding dan peralatan bilik darjah. Sikap inilah menyebabkan kemerosotan ahlak murid yang menyebabkan para guru terus dibebani dengan tunggakan kerja sebagai kaunselor kepada murid yang bermasalah ini. Selain bimbingan kendiri dalam bilik darjah guru perlu menambahkan program sampingan sekolah dengan mengadakan program motivasi sebagai satu program Bina Insan Sekolah. Biarpun sebilangan guru akur dan redha dengan gangguan ini namun secara tidak langsung ianya memberi impak kepada perkembangan pembangunan profesion keguruannya.

2.5 Konflik peranan tidak jelas.
            Era pendidikan abad 21 ini terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas oleh insan guru. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025 guru disaran melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk pembinaan model insan cemerlang. Hari ini institusi pendidikan seprti sekolah menuntut para guru bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain menzahirkan kod mereka dalam setiap tindakan mereka.kepelbagaian peranan dan tugasan guru ini sering mengelirukan kefahaman dan amalan keguruan dikalangan insan guru. Dalam program program kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program NKRA dimana program LINUS merupakan salah satu program yang dilaksankan diperingkat sekolah rendah tahap satu yang bermatlamatkan murid tahun satu hingga tahun tiga mesti telah menguasai kemahiran membaca sebelum melangkau ke tahap dua iaitu tahun empat. Sedangkan memang sisitem pendidikan Negara telah ada satu program pembangunan pendidikan yang dikenali sebagai program pemulihan khas yang menjadi teras kepada pelan pembangunan pendidikan, pertindanan penggunaan modul, pelaksaan kepada murid dan program-program sampingan yang dilaksanakan menjadi sebilangann guru rasa keliru dan stress. Biarpun situasi ini berlaku sebagai murabbi para guru yang memiliki intergriti yang unggul meneruskan khidmat bantu mereka kea rah kecemerlangan individu pelajar dan memartabatkan sistem pendidikan hari ini.
            Memandangkan dalam tempuh yang sama para guru juga disaran membudayakan elemen integrity dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berilmu dan berpekerti mulia. Hal ini dikukuhkan lagi dengan saranan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, institusi pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis. "Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya. Itulah guru.

2.6 Tekanan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa dan penjaga murid hari ini merupakan ibu bapa yang sibuk memberi penumpuan kepada kerjaya mereka . Budaya melebihkan kerja daripada tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak ke arah pembangunan model insan cemerlang. Ekoran tekanan dan keperluan hidup yang mencabar ini para ibu bapa juga mengalami kekangan waktu dan kewajipan dalam melahirkan generasi yang gemilang. Terdapat sebilangan ibu bapa dan penjaga yang seratus peratus menyerahkan peningkatan sahsiah dan akademik kepada pihak guru dan sekolah. Melalui peranan yang digalas oleh PIBG sekolah ramai ibu bapa yang sering mendesak pihak sekolah dan guru-guru khususnya bagi anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan murid bermaksud kegagalan pihak sekolah dan guru dalam mencapai apa yang ditargetkan oleh ibu bapa. Hal ini banyak berlaku terutama dikalangan ibu bapa kluster , yang memandang kejayaan anak-anak mereka merupakan saingan hebat kepada murid lain. Sikap dan pandangan ibu bapa ini amat memberi kesan kepada stress guru dengan mewujudkan pelbagai program dan melaksanakan pelan pembangunan sekolah agar pencapaian akademik dan sahsiah murid dapat setangani dengan seiring.

2.7 Pentadbir , pengurusan dan organisasi.
            Organisasi pendididkan sekolah merupakan satu organisasi yang lazimnya bermatlamatkan kecemerlangan sekolah . Kecemerlangan sekolah berasakan kepada visi dan misi yang zahirkan oleh para guru di sesebuah sekolah. Organisasi merupakan penyumbang paling besar stress dikalangan guru. Pentadbir akan memberi tempoh masa kerja yang singkat kepada guru untuk melihat matlamat dan keperluan sekolah tercapai. Tugasan yang diberi kepada para guru adalah berterusan secara kronik. Malah sebilangan guru tidak ada pengalaman dalam pengurusan program pendidikan sekolah seperti pengurusan Pusat Sumber Sekolah, yang merangkumi , projek Nilam, Pendidikan abad 21, pengurusan ICT sekolah, makmal bahasa, pengurusan bilik-biluk khas sekolah seperti bilik muzik, bilik seni, bilik sukan, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik SAL, bilik pemulihan khas , prasekolah dan pelbagai lagi ruang-ruang pembelajaran yang perlu diurustadbir oleh guru bagi memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran murid.
Tugasan yang terlalu kualitatif dan kuantitatif  ini juga bagi memenuhi perubahan dasar dan program pendidikan yang drastik. Kesemua faktor ini secara umumnya terus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban dan stress guru. Dipetik daripada Arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Hashim Anang, menegaskan dalan kenyataannya bertajuk “Beban guru boleh membawa tekanan perasaan guru. Peningkatan bebanan tugas guru  tugas menyebabkan ramai guru mengalami tekanan perasaan. Hal ini timbul kerana sekolah sering berfokus kepada segelintir intividu dalam memberi arahan tugasan harian, mingguan dan tahunan.

2.8. Murid tidak bermotivasi.
            Perkembangan dan kemajuan kognitif dan efektif disama antara seorang murid dengan murid  yang lain adalah tidak sama. Terdapat sejumlah murid yang kurang bermotivasi untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru . Murid-murid ini tidak punya matlamat dan komitmen yang tinggi dalam pencapaian pendidikan mereka. Kerja yang dihasilkan murid tidak memenuhi kreatiria yang dikehendaki oleh guru. Biarpun bimbingan demi bimbingan yang diberikan kepada murid namun hasilnya masih pada tahap kurang memuaskan. Kesannya pencapainya menjejaskan prestasi sekolah. Contoh dalam kerja projrk  sains, sejarah , kemahiran hidup dan sebagainya. Situasi murid yang lemah dan mundur dalam pelajaran juga sering dihadapi oleh guru khususnya murid pemulihan atau murid yang belajar dikelas terakhir. Ini memberi impak yang besar kepada stress guru untuk membuat strategi, kaedah dan teknik yang berlainan dengan murid yang sealiran atau seusianya.

2.9 Punca Interpersonal.
            Keperibadian dan persoliti guru tidak sama antara individu, ada golongan guru yang mempunyai hubungan positif sesama rakan sekerja, bertukar pendapat dalam pengurusan bilik darjah, menyelesaikan masalah secara berpasukan dan mempunyai motivasi diri yang unggu. Namun terdapat juga guru yang stress kerana interpersonal kendiri yang tidak seimbang. Sering rasa tersisih, rasa tidak berkemampuan menggalas tugas. Pendapat ini dikukuhkan oleh Azizi Yahya (2007) dimana terdapat golongan guru yang stress kerana kendiri yang negatif ini. Malah dibebani juga dengan sikap guru yang memandang rendah terhadap rakan sekerja tidak mempunyai potensi budaya kerja cemerlang. Penyisihan komunikasi dan persahabatan terus berlaku sehingga kadang kala berlakunya campur tangan daripada pihak sekolah bagi mengikis situasi ini berlaku dikalangan guru dan semua warga kerja sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan rasa tenang dan bersemangat.

2.10 Persekitaran kerja tidak kondusif.
            Guru dan profesion keguruan bermatlamatkan melahirkan generasi yang berimu dan beramal. Persekitaran budaya kerja dan tempat kerja itu sendiri yang tidak kondusif juga menyumbang kepada punca stress guru. Guru tidak diberi peluang untuk berada dalam suasana kerja yang selesa, ruang pembelajaran yang sempit kerana bilangan murid yang terlalu ramai sehingga mencecah empat puluh orang dalam satu kelas. Kelengkapan kelas yang tidak disediakan oleh pihak sekolah. Pengudaraan bilik guru yang tidak diselenggarakan dengan baik dan terancang. Kemudahan ICT yang terbatas menyebabkan para guru rasa sukar untuk melaksanakan tugasannya dengan sempurna.

1 comment:

  1. saya sokong artikel ini 100%....xada satu pon yg xbetul..semuanya betul....tmbh2 perenggan akhir sekqli tuh...sob3..syabas dan tahniah atas keprihatinan cikgu menulis artikel ini...

    ReplyDelete