Friday 13 March 2015

GURU DAN CABARAN SEMASA.

Emosi boleh ditafsirkan sebagai perasaan yang kuat, yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan kepada orang dan benda iaitu kemarahan, kertakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita beremosi? Jawapannya tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan berkerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.
Berdasarkan keterangan berkaitan emosi. Hasilkan peta pemikiran I-Think berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan dalam kalangan guru.
 
2.0 PENGENALAN .

            Guru merupakan insan biasa yang menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk membimbing, mendidik dan membentuk individu menjadi insan yang kamil seperti yang dihasratkan dalam falasafah pendidikan guru dan falasafah pendidikan Negara. Dengan kata lain guru yang berkesan adalah menggalas tugas sebagai murabbi kepada anak-anak didiknya. Dari dahulu sehingga hari ini cabaran guru dalam memenuhi tuntutan keguruan, komuniti, ibu bapa, pihak pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan adalah amat mencabar. Guru bukan sahaja berhadapan dengan perubahan sukatan pelajaran malah dasar pelajaran sering berubah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan insan selaras dengan kemajuan teknologi pendidikan dunia dan kemajuan pembangunan modenisasi dunia itu sendiri. Selain daripada penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran abad 21, pada hari ini guru dibebani dengan pelbagai program pendidikan dalaman dan luaran sekolah untuk meningkatkan martabat pendidikan itu sendiri.
            Bagi merialisasikan kehendak kementerian pendidikan dan mencapai kejayaan yang cemerlang pelajar maka guru perlu memiliki kendiri yang kental dan unggul , sikap keguruan yang cemerlang dan percambahan ilmu dalam pelbagai bidang pendidikan. Ini kerana proses melaksankan tugas dan tanggungjawab semakin menemukan pelbagai halangan, kesempitan waktu dan perselisihan pendapat antara guru dan pihak pengurusan. Amalan kendiri yang lemah menyebabkan guru mengalami pelbagai tekanan atau stres.
            Stress mengikut pendapat Kyriacou (2000) adalah merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasan sebagai guru. Maka secara amnya stres merupakantindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidak keimbangan diri berlaku. Kadangkala apabila kita menghadapi bahaya, dengan spontannya badan akan bertindak menangani keadaan bahaya tersebut. Sebagai contoh apabila dalam situasi kecemasan sesorang boleh bertindak cepat menekan siren api untuk menyelamatkan kebakaran. Walau bagaimanapun stres yang berlebihan tidak mudah ditangani oleh seorang guru, tekanan kerja yang tinggi dan permasalahan keluarga seseorang guru boleh mengalami stress yang akan menyebabkan kemerosotan kesihatan, komunikasi, perasaan , produktiviti dan seterusnya menjejaskan kualiti kehidupan guru itu sendiri.

Manakala istilah "burnout" yang diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) menggambarkan sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.
Terdapat beberapa jenis stres yang boleh dijadikan garis panduan kepada guru dalam menjalani kehidupan sebagai guru dan manusia biasa. Mengikut pendapat Cockburn (1996) terdapat lima jenis stress yang boleh dialami oleh guru. Antaranya stress ‘here or now’, stress ‘anticipation’, stres imaginative, stres reaktif dan stres negative. Stress ‘here or now’ merupakan situasi yang wujud dalam sesuatu masa contoh guru yang menghadapi peperiksaan dan perselisihan faham mengakibatkan tekanan emosinya. Stres ‘anticipation’ guru akan bertindakbalas terhadap sesuatu yang dijangkakan. Contohnya pelaksanaan sukan sekolah, bagi guru baru yang kurang pengalaman , ianya merupakan tekanan dalam melaksanakannya. Stress imaginative merupakan situasi individu yang berfikir tentang sesuatu yang mengerikan dan menakutkan terhadap dirinya. Stress reaktif , merupakan stress yang berlaku akibat kisah lampau yang dilaluinya sering menghantui dirinya yang kadangkala sebagai proses pemulihan.dan yang kelima stress negative merupakan sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa tertentu seperti, hari, minggu dan tahun, sebagai contoh kewangan yang tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. Kesemua stres yang dinyatakan dapat ditangani berdasarkan kepada kesediaan kendiri  dan pengurusan emosi individu sewaktu melaluinya.
Guru yang bersikap positif terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam dirinya dan tugasan yang diamanahkan kepadanya dapat menangani kepelbagaian stres dan pengurusan emosi ini dengan keseimbangan diri dan persekitarannya . Ilmu keagamaan, kecerdasan fizikal dan mental dalam kendiri  positif  guru, pengurusan kestabilan emosi  dapat menangani  stress yang dihadapi oleh individu  bergelar guru.
Terdapat banyak punca stres yang sering mengganggu emosi dan kehidupan para guru pada hari ini. Antaranya akan diterangkan dalam peta minda punca guru stress. Rajah 1 menunjukkan peta pemikiran  I-Think ( peta buih) yang menjelaskan  punca guru  stres.

2.Mengawal disiplin dan sekolah
 
3. Tekanan masa dan beban kerja
 
4.Sikap buruk murid
 
          Berdasarkan peta pemikiran I-Think yang dilakarkan di atas terdapat beberapa punca stress dikalangan guru di Negara ini. Menurut Statt (1981) . stress merupakan ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa yang boleh menggugat keupayaan individu untuk mengendali sesuatu tindakan. Ianya mencakupi ketidakupayaan memenuhi tututan persekitaran yang menjadi gangguan kehidupan seseorang. Juga ianya berlaku kerana perubahan dinamik menjadi punca individu berdepan dengan masalah, kekangan masa dan desakan hidup. Kadang kala peristiwa atau keadaan persekitaran seseorang juga boleh mendatangkan impak negative atau positif kepada individu. Tindak balas luaran yang menggagu fizikal dan mental juga tindak balas kimia dalam tubuh. Sebarang tekanan yang timbul mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu dalam proses kehidupan mereka sehari-hari.
             Antara punca stress yang akan dibincangkan di sini seperti ;-

2.1 Konsep kendiri dan status
           Dalam arus pembangunan pendidikan abad 21 ini , bidang keguruan merupakan antara kerjaya  yang dikatakan mempunyai tekanan yang tinggi terhadap diri. Ramai beranggapan bahawa bidang keguruan merupakan bidang yang mudah dan memiliki cuti yang panjang berbanding kerjaya yang lain, pada peringkat awal mereka menerpa bidang pekerjaan. Namun realitinya apabila mereka memasuki bidang keguruan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti guru yang panjang , sebenarnya bukanlah cuti sebenar, kerana dalam masa cuti guru-guru juga diarahkan menyelesaikan tugasan yang tertunggak dan merancang plan pembangunan pendidikan sekolah untuk sesi berikutnya. Tanggungjawab ini digalas oleh guru secara paksa rela. Memandangkan perancangan untuk bersama keluarga telah diisi dengan tugasan di sekolah. Situasi ini menyebabkan golongan guru menghadapi tekanan. Hakikatnya guru merupakan insane yang perlu sentiasa ikhlas dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memartabatkan dunia pendidikan setanding dengan pembangunan Negara bangsa.
2.2 Mengawal disiplin sekolah.
            Sebagai seorang guru peranannya bukan sahaja sebagai pengurus proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ianya merangkumi pembentukan kendiri , kognitif dan efektif murid. Sebagai manusia biasa ada kalanya guru dapat menerima tingkah laku dan disiplin murid dengan seadanya, sebagai invidividu yang sedang rancak menikmati perubahan diri dan persekitarannya . Ini kerana murid mengalami unjuran proses kematangan. Terkadang disiplin yang dizahirkan dalam dirinya secara tidak terancang boleh menyebabkan emosi guru terganggu dan mengalami stress yang negetif. Kekangan peranan seperti inilah menyebabkan guru merasakan bahawa terlalu banyak situasi yang perlu dihadapi dan diselesaikan dalam pada masa yang sama dengan pelaksanaan pembelajaran murid.
            Situasi ini juga lebih memberi stress kepada guru-guru disilpin khususnya yang perlu membahagikan masa dan bekerja sama dengan pihak pengurusan sekolah unit Hal Ehwal Murid dalam mendisiplinkan diri murid agar tidak menimbulkan sebarang isu negative di kawasan sekolah seperti peras ugut, pergaduhan, masalah ponteng dan sebagainya. Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta kehadiran murid ke sekolah mencapai 90% juga melibatkan disiplin kehadiran murid yang menyebabkan guru rasa strees kerana ketidakhadiran murid menyebabkan guru kelas terpaksa memberi alasan dan tunjuk sebab kepada pihak pentadbir. Bagi guru yang menganggap situasi ini sebagai lumrah kendiri murid yang dipengaruhi oleh persekitaran mereka ianya situasi normal dan dapat dihadapi dengan tenang.

2.3 Tekanan dan beban kerja.
Berdasarkan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan abad 21 ini. Guru-guru disaran untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan garis panduan pendidikan alaf 21. Sukatan pelajaran yang berubah kandungannya seperti kandungan sukatan pendidikan pendidikan Jasmani, Sejarah bagi murid sekolah rendah di tahap 2. Menyebabkan guru-guru perlu merungkai semula segala topik-topik dalam isi kandungan sukatan sebagai persediaan guru menghadapi pengajaran dan pembelajaran bersama murid di dalam bilik darjah.
Selain tugasan penyampaian pembelajaran murid , guru juga perlu menyediakan senarai nama murid , melengkapkan polia murid, melengkap kehadiran, rekod kebersihan dan keceriaan kelas. Mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif , selamat dan selesa agar murid rasa seronok untuk hadir dan menjalani proses persekolahan. Penyediaan borang-borang peribadi murid, kad kesihatan murid. Walaupun tugasan ini diagihkan secukupnya antara semua guru di sekolah. Namun hakikatnya hari ini kerja-kerja teknikal dan perkeranian ini amat memberi impak yang besar kepada jiwa dan tingkah laku guru yang boleh menyebabkan guru rasa strees dan terganggu urusan atau perjalanan kehidupan sehariannya.

2.4 Sikap buruk murid.

            Era pembanguna dunia global hari ini memberikan impak besar kepada sikap dan personaliti murid dimana murid mudah terdedah dengan pelbagai sikap dan tingkah laku yang negatif. Sikap dan personality ini bukan sahaja datangnya daripada pengaruh rakan sebaya malah pengaruh persekitaran dan media masa. Faktor ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing anak-anak mereka merupakan komponen stress  guru sering terganggu. Sikap dan kendiri murid bergantung kepada pembentukan peribadi yang dihasilkan di sekolah. Sedangkan peratus masa murid di sekolah adalah lebih sedikit berbanding dengan peratus murid di sekolah.
Hari ini kebanyakkan murid lebih menumpukan kepada pencapaian dalam pendidikan berbanding pembentukan sahsiah yang sempurna. Ramai murid yang berjaya tetapi tidak mempunyai sikap dan keperibadian yang unggul. Tidak menghormati guru, kerja sekolah tidak siap, menconteng dinding dan peralatan bilik darjah. Sikap inilah menyebabkan kemerosotan ahlak murid yang menyebabkan para guru terus dibebani dengan tunggakan kerja sebagai kaunselor kepada murid yang bermasalah ini. Selain bimbingan kendiri dalam bilik darjah guru perlu menambahkan program sampingan sekolah dengan mengadakan program motivasi sebagai satu program Bina Insan Sekolah. Biarpun sebilangan guru akur dan redha dengan gangguan ini namun secara tidak langsung ianya memberi impak kepada perkembangan pembangunan profesion keguruannya.

2.5 Konflik peranan tidak jelas.
            Era pendidikan abad 21 ini terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas oleh insan guru. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025 guru disaran melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk pembinaan model insan cemerlang. Hari ini institusi pendidikan seprti sekolah menuntut para guru bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain menzahirkan kod mereka dalam setiap tindakan mereka.kepelbagaian peranan dan tugasan guru ini sering mengelirukan kefahaman dan amalan keguruan dikalangan insan guru. Dalam program program kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program NKRA dimana program LINUS merupakan salah satu program yang dilaksankan diperingkat sekolah rendah tahap satu yang bermatlamatkan murid tahun satu hingga tahun tiga mesti telah menguasai kemahiran membaca sebelum melangkau ke tahap dua iaitu tahun empat. Sedangkan memang sisitem pendidikan Negara telah ada satu program pembangunan pendidikan yang dikenali sebagai program pemulihan khas yang menjadi teras kepada pelan pembangunan pendidikan, pertindanan penggunaan modul, pelaksaan kepada murid dan program-program sampingan yang dilaksanakan menjadi sebilangann guru rasa keliru dan stress. Biarpun situasi ini berlaku sebagai murabbi para guru yang memiliki intergriti yang unggul meneruskan khidmat bantu mereka kea rah kecemerlangan individu pelajar dan memartabatkan sistem pendidikan hari ini.
            Memandangkan dalam tempuh yang sama para guru juga disaran membudayakan elemen integrity dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berilmu dan berpekerti mulia. Hal ini dikukuhkan lagi dengan saranan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, institusi pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis. "Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya. Itulah guru.

2.6 Tekanan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa dan penjaga murid hari ini merupakan ibu bapa yang sibuk memberi penumpuan kepada kerjaya mereka . Budaya melebihkan kerja daripada tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak ke arah pembangunan model insan cemerlang. Ekoran tekanan dan keperluan hidup yang mencabar ini para ibu bapa juga mengalami kekangan waktu dan kewajipan dalam melahirkan generasi yang gemilang. Terdapat sebilangan ibu bapa dan penjaga yang seratus peratus menyerahkan peningkatan sahsiah dan akademik kepada pihak guru dan sekolah. Melalui peranan yang digalas oleh PIBG sekolah ramai ibu bapa yang sering mendesak pihak sekolah dan guru-guru khususnya bagi anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan murid bermaksud kegagalan pihak sekolah dan guru dalam mencapai apa yang ditargetkan oleh ibu bapa. Hal ini banyak berlaku terutama dikalangan ibu bapa kluster , yang memandang kejayaan anak-anak mereka merupakan saingan hebat kepada murid lain. Sikap dan pandangan ibu bapa ini amat memberi kesan kepada stress guru dengan mewujudkan pelbagai program dan melaksanakan pelan pembangunan sekolah agar pencapaian akademik dan sahsiah murid dapat setangani dengan seiring.

2.7 Pentadbir , pengurusan dan organisasi.
            Organisasi pendididkan sekolah merupakan satu organisasi yang lazimnya bermatlamatkan kecemerlangan sekolah . Kecemerlangan sekolah berasakan kepada visi dan misi yang zahirkan oleh para guru di sesebuah sekolah. Organisasi merupakan penyumbang paling besar stress dikalangan guru. Pentadbir akan memberi tempoh masa kerja yang singkat kepada guru untuk melihat matlamat dan keperluan sekolah tercapai. Tugasan yang diberi kepada para guru adalah berterusan secara kronik. Malah sebilangan guru tidak ada pengalaman dalam pengurusan program pendidikan sekolah seperti pengurusan Pusat Sumber Sekolah, yang merangkumi , projek Nilam, Pendidikan abad 21, pengurusan ICT sekolah, makmal bahasa, pengurusan bilik-biluk khas sekolah seperti bilik muzik, bilik seni, bilik sukan, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik SAL, bilik pemulihan khas , prasekolah dan pelbagai lagi ruang-ruang pembelajaran yang perlu diurustadbir oleh guru bagi memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran murid.
Tugasan yang terlalu kualitatif dan kuantitatif  ini juga bagi memenuhi perubahan dasar dan program pendidikan yang drastik. Kesemua faktor ini secara umumnya terus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban dan stress guru. Dipetik daripada Arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Hashim Anang, menegaskan dalan kenyataannya bertajuk “Beban guru boleh membawa tekanan perasaan guru. Peningkatan bebanan tugas guru  tugas menyebabkan ramai guru mengalami tekanan perasaan. Hal ini timbul kerana sekolah sering berfokus kepada segelintir intividu dalam memberi arahan tugasan harian, mingguan dan tahunan.

2.8. Murid tidak bermotivasi.
            Perkembangan dan kemajuan kognitif dan efektif disama antara seorang murid dengan murid  yang lain adalah tidak sama. Terdapat sejumlah murid yang kurang bermotivasi untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru . Murid-murid ini tidak punya matlamat dan komitmen yang tinggi dalam pencapaian pendidikan mereka. Kerja yang dihasilkan murid tidak memenuhi kreatiria yang dikehendaki oleh guru. Biarpun bimbingan demi bimbingan yang diberikan kepada murid namun hasilnya masih pada tahap kurang memuaskan. Kesannya pencapainya menjejaskan prestasi sekolah. Contoh dalam kerja projrk  sains, sejarah , kemahiran hidup dan sebagainya. Situasi murid yang lemah dan mundur dalam pelajaran juga sering dihadapi oleh guru khususnya murid pemulihan atau murid yang belajar dikelas terakhir. Ini memberi impak yang besar kepada stress guru untuk membuat strategi, kaedah dan teknik yang berlainan dengan murid yang sealiran atau seusianya.

2.9 Punca Interpersonal.
            Keperibadian dan persoliti guru tidak sama antara individu, ada golongan guru yang mempunyai hubungan positif sesama rakan sekerja, bertukar pendapat dalam pengurusan bilik darjah, menyelesaikan masalah secara berpasukan dan mempunyai motivasi diri yang unggu. Namun terdapat juga guru yang stress kerana interpersonal kendiri yang tidak seimbang. Sering rasa tersisih, rasa tidak berkemampuan menggalas tugas. Pendapat ini dikukuhkan oleh Azizi Yahya (2007) dimana terdapat golongan guru yang stress kerana kendiri yang negatif ini. Malah dibebani juga dengan sikap guru yang memandang rendah terhadap rakan sekerja tidak mempunyai potensi budaya kerja cemerlang. Penyisihan komunikasi dan persahabatan terus berlaku sehingga kadang kala berlakunya campur tangan daripada pihak sekolah bagi mengikis situasi ini berlaku dikalangan guru dan semua warga kerja sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan rasa tenang dan bersemangat.

2.10 Persekitaran kerja tidak kondusif.
            Guru dan profesion keguruan bermatlamatkan melahirkan generasi yang berimu dan beramal. Persekitaran budaya kerja dan tempat kerja itu sendiri yang tidak kondusif juga menyumbang kepada punca stress guru. Guru tidak diberi peluang untuk berada dalam suasana kerja yang selesa, ruang pembelajaran yang sempit kerana bilangan murid yang terlalu ramai sehingga mencecah empat puluh orang dalam satu kelas. Kelengkapan kelas yang tidak disediakan oleh pihak sekolah. Pengudaraan bilik guru yang tidak diselenggarakan dengan baik dan terancang. Kemudahan ICT yang terbatas menyebabkan para guru rasa sukar untuk melaksanakan tugasannya dengan sempurna.

Kesimpulan.

            Profesion keguruan merupakan profesion yang menjadi salah satu tonggak ke arah keharmonian Negara dan pembangunan modal insan. Namun pengurusan masa dan kekangan bebanan tugas menyebabkan golongan guru mengalami stress. Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif. Membentuk kendiri pelajar dengan seimbang . kepelbagaian tanggungjawab ini menyebabkan para guru rasa stres dan mengalami gangguan kerjaya.
Biarpun sedemikian boleh dikatakan situasi dan pengalaman stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan  mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan secara global. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara setanding dengan pembangunan pendidikan di luar negara.
 Setiap individu tidak mengira guru atau golongan proferional seperti doctor, penguam juga akan mengalami masalah dalam pengurusan emosi. Pengurusan emosi yang baik dan sempurna dapat membentuk dan membina keyakinan guru khususnya mengurustadbir proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan terancang dan sempurna. Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi. Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi. Dalam pengurusan emosi ini boleh dirungkaikan dengan beberapa teknik antaranya ;-
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

1.KEMAHIRAN SOSIAL.
Hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah

2.KENALI DIRI DAN KEBOLEHAN
Seseorang guru perlu mengenali diri dan emosinya terlebih dahulu sebelum mencapai matlamat dan tujuan hidup cemerlang. Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan. Sebagai pengurus dan pentadbir juga boleh menggunakan kaedah runding cara bagi mengatasi sebarang situasi dan isu di sekolah. Individu yang bergelar guru tahu tahap kemampuannya untuk melahiran pelajar yang cemerlang. Tahap kebolehan yang dikuasainya boleh diaplikasi dalam pengurusan kerja dan emosi agar kedua-duanya berjalan secara seiring.

3. TERAPI FIZIKAL
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar, tugasan perkeranian yang bayak, pertukaran pentadbiran di sekolah dan sebagainya.. Pengetahuan dalam senaman releksasi sebagai rutin setiap hari selama 20 hingga 30 minit boleh membantu guru menangani stress. Sebagai individu yang berkerjaya gunakan masa terluang untuk beriadah. Ternik berurut atau mengunjungi spa , adakan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan , keluarga juga rakan sekerja juga merupakan teknik mengurus emosi dengan baik. Tidur yang mencukupi selain itu jauhi arak, rokok dan dadah yang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Seorang guru perlu menyedari akan keseimbangan tugasan harian dan tanggungjawab mengurus diri agar emosi dan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik dan stabil . Pengurusan diri dan emosi yang stabil dapat membina kendiri yang cemerlang yang boleh memberi impak positif terhadap budaya kerja cemerlang guru.

4.JELAS MATLAMAT & PERANAN.

            Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh dan sedalam mana peranan dan tanggungjawabnya dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu sendiri. Tugasan yang dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kebolehan dan jawatannya. Ilmu dan amalan pedagoginya mencakupi apa yang disarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala tugasan dan tanggungjawab digalas dengan rasa tulus dan sedar itulah peranannya sebagai seorang guru. Bukan sahaja membimbing, mendidik, malah tugasannya mencakupi pengurusan kendiri dan sahsiah murid. Pengkayaan dan penerokaan ilmu untuk meningkatkan kemahiran perlu bagi seseorang guru untuk meningkatkan tahap kebolehannya secara terancang dengan sokongan pihak pengurusan sekolah dan keluarga juga komuniti . Antara guru dan organisasi setempat perlu saling bekerja sama menjayakan tugasan masing-masing. Apabila semua tugasan dilaksanakan dengan baik maka tidak ada keperluan yang tertangguh dan emosi guru pun akan baik dan stabil. Contohnya seperti seorang guru yang diberi tugasan mengurus Pusat Sumber Sekolah. Guru berkenaan perlu tahu skop tugasannya dengan bantuan pengurusan sekolah dan ahli yang lain.

5. PENGURUSAN MASA
             Dalam apa jua lapangan pengurusan masa amat penting, guru perlu membuat satu plan tindakan tentang program utama dan program sokongan di sekolah. Beri keutamaan kepada perkara yang penting.. Tindakan yang bijaksana akan menghasilkan kerja yang berkesan dan tiada gangguan emosi. Guru boleh membina jadual kerja , agihan masa, snarai kerja ikut keutamaan, membentuk disiplin diri , membuat semakan semula kerja dan membuat penilaian kendiri terhadap kerja yang ditugaskan agar segalanya dilaksanakan dengan baik. Sekiranya ada sebarang kelemahan guru tidak perlu bimbang kerana boleh membuat unjuran penambahbaikan terhadap tugasan yang diamanahkan. Guru sebenarnya sedar bahawa setiap tugasannya perlu diselesaikan. Namun pengurusan masa yang baik perlu agar tidak berlaku penangguhan dan lambakan kerja yang boleh mengganggu emosi guru.

6. LAKUKAN PERUBAHAN

            Perubahan sistem pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi abad 21 ini. Guru juga perlu bertindak agar tidak ketinggalan dengan era kemajuan dunia khususnya dalam arena pendidikan. Guru yang cemerlang sentiasa bersikap optimis , punya kognitif yang positif, menganggap perubahan pendidikan dan dunia hari ini adalah sangat baik untuk generasi. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula kehidupan manusia. Daripada sikap negative kepada kendiri yang unggul. Ada integriti sebagai role model kepada anak-anak didik.
            Selain itu guru juga boleh membuat perubahan persekitaran dengan lebih kundusif terutama di tempat kerja seperti bilik darjah, bilik guru letakkan haruman yang menyegarkan, pencahayaan yang cukup, penataan ruang yang harmoni, juga mengalunkan muzik lembut yang boleh memberi ketenangan minda dan emosi. Amalan ini juga boleh dilaksanakan di rumah sebagai satu kesinambungan pengalaman dan emosi guru.
            Melakukan perubahan hubungan dan komunikasi yang akrab antara rakan dan keluarga juga turut membantu menangani emosi guru. Hubungan yang tidak baik diubah menjadi hubungan yang baik , saling bersapa, bermaafan sekiranya ada sebarang perselisihan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang sempurna. Guru juga rasa selesa dan dihargai pada setiap tugasan yang dilaksankan.

7. FAKTOR KEAGAMAAN
Guru di Negara kita bukan penganut Islam semata. Malah terdiri daripada pelbagai agama namun dalam setiap agama yang dianuti ada amalan tersendiri dalam menbentuk jiwa dan emosi yang stabil . Menyentuh dalam ajaran  cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah.  Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya". Keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian terhadap tugasan yang digalas. Ini akan membina jati diri seseorang. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres. Selain itu berzikir juga dapat mententeramkan jiwa dan emosi.

8.MAKANAN SEIMBANG.
            Amalan pemakanan seimbang juga dapat membantu emosi yang sempurna. Guru perlu menikmati makanan yang berkhasiat yang membantu kecergasan fizikal dan mental. Amalan pemakanan minda seperti kismis, buah tin,buah delima dan kurma serta minyak zaitun membantu perkembangan saraf dan perjalanan darah yang baik dalam badan. Selain itu pengambilan omega dalam ikan turut membantu pertumbuhan kercerdasan minda dan emosi diri. Begitu juga pemakanan sayuran hijau amat memberi kesan yang baik dalam proses pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan. Amalan pemakanan seimbang dan meninggalkan pemakanan yang tidak berhasiat seperti makanan ringan , rokok , arak dan sebagainya boleh membuat kesihatan fizikal dan emosi terganggu. Oleh itu guru perlu memiliki komitmen yang tinggi dalam membina kehidupan yang baik dan sempurna.

KESIMPULAN
Tekanan emosi merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu guru berpotensi untuk menghadapi tekanan emosi sekiranya emosi diurus dengan baik. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada masa tertentu apabila situasi yang dilaluinya tidak terjangkau olehnya. Kegagalan mengawal tekanan emosi boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada individu. Tekanan emosi boleh diatasi menerusi pengurusan diri dan jiwa yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan semangat seseorang individu sebagaimana acuan yang dikehendaki oleh agama dan negara. Oleh demikian, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah meghadapi segala ujian.
Sebagai manusia biasa  semua guru perlu menjadikan kemudaratan atau musibah yang menimpa sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat. Amalkan cara hidup sihat dan amalan agama yang kukuh secara tidak langsung guru mudah  mengawal panorama hidup dan tanggungjawab perguruan dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, kita adalah tuan pada hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga dikenal sebagai Ilmu Penguasaan Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.
Guru perlu selalu berfikiran positif,dan logik. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu oleh bebanan tugas dan perlakuan negatif individu. Sering mengukir dan memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun tanpa menerima sebarang respon. Sentiasa rendah diri , redha dan bersyukur bahawa semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. Sikap memaafkan orang lain juga boleh membentuk emosi yang stabil. Sebagai guru yang mempunyai pegangan agama selalulah berdoa agar dapat menangani tekanan emosi dengan baik seterusnya dapat melaksanakan tugasan sekolah dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk dan membina Negara bangsa yang gemilang dan terbilang. .

.

Friday 6 March 2015

Punca-punca stress dan pengurusan emosi guru

Jenis-jenis emosi manusia :-

Punca-punca stress :-

2.1 Konsep kendiri dan status
           Dalam arus pembangunan pendidikan abad 21 ini , bidang keguruan merupakan antara kerjaya  yang dikatakan mempunyai tekanan yang tinggi terhadap diri. Ramai beranggapan bahawa bidang keguruan merupakan bidang yang mudah dan memiliki cuti yang panjang berbanding kerjaya yang lain, pada peringkat awal mereka menerpa bidang pekerjaan. Namun realitinya apabila mereka memasuki bidang keguruan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti guru yang panjang , sebenarnya bukanlah cuti sebenar, kerana dalam masa cuti guru-guru juga diarahkan menyelesaikan tugasan yang tertunggak dan merancang plan pembangunan pendidikan sekolah untuk sesi berikutnya. Tanggungjawab ini digalas oleh guru secara paksa rela. Memandangkan perancangan untuk bersama keluarga telah diisi dengan tugasan di sekolah. Situasi ini menyebabkan golongan guru menghadapi tekanan. Hakikatnya guru merupakan insane yang perlu sentiasa ikhlas dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memartabatkan dunia pendidikan setanding dengan pembangunan Negara bangsa.

2.2 Mengawal disiplin sekolah